Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 15 December 2011

~bELAjAq HePy~

1.  Berikan kepada orang lain lebih daripada apa yang mereka harapkan dan lakukan ia dengan perasaan gembira.


2.  Kahwini perempuan/lelaki yang korang rasa seronok nak bercakap. Nanti bila dah tua, skill percakapan akan menjadi lebih penting daripada yang lain.


3.  Bila korang ucapkan "I Love You" kat seseorang, pastikan korang buktikan..


4.  Bila korang ucapkan "Maafkan Saya" kat seseorang, pastikan korang tengok dalam-dalam kat mata orang tu..


5.  Kalau korang bertunang, pastikan korang bertunang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum korang berkahwin..


6.  Percaya pada cinta pandang pertama.


7.  Jangan ketawakan impian orang lain. Orang yang tidak mempunyai impian lebih teruk daripada mereka yang mempunyai impian.


8.  Cintailah seseorang dengan setulus hati dan mendalam. Mungkin kita akan kecewa di suatu hari nanti, tapi itulah cara untuk kita menghargai kehidupan sepenuhnya.


9.  Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Elakkan daripada menggunakan nama semasa bertengkar, keadaan mungkin akan menjadi bertambah buruk.


10.  Jangan menilai diri seseorang berdasarkan tingkah laku ahli keluarga dan kaum kerabat nya.


11.  Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


12.  Apabila seseorang bertanyakan suatu soalan yang korang rasa tak mahu jawab, senyum dan tanya kembali, ' Kenapa kau nak tahu?'


13.  Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan terlibat dalam pengorbanan dan risiko yang besar.


14.  Ucapkan "باركك الله" apabila terdengar seseorang bersin.


15.  Apabila anda gagal dalam sesuatu perkara, usahlah menjadi seorang yang kurang ajar.


16.  Usah benarkan perselisihan/pertikaian yang sebesar hama merosakkan suatu persahabatan yang besar dan bermakna untuk kita.


17.  Apabila korang sedar yang korang telah melakukan kesilapan, ambil langkah segera untuk memperbetulkan ia kembali.


18.  Senyum apabila mengangkat dan menjawab telefon. Si pemanggil akan merasainya apabila mendengar suara korang.


19.  Luangkan masa untuk diri-sendiri.


Tapi apa yang penting, solat 5 waktu jangan sesekali kita tinggalkan dan perbanyakkan melakukan perkara-perkara sunat..Insya'allah, kita akan mendapat kehidupan yang lebih baik =D

No comments: