Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 31 January 2012

Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya ..
Dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya ..'
lelaki yg Gentleman & Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan maupun kata-kata, sebelum dia mampu bersumpah di depan Allah dan manusia ,untuk menjagamu, 
Dan membimbingmu sampai ke syurga..

Sunday 29 January 2012

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Thursday 19 January 2012



·٠•● ♥ "Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah."
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita... Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita... Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia... Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita akan KEKURANGAN diri kita sendiri... ♥ ●•٠·
Kenapa bila marah kita akan menjerit dan kuatkan suara walaupun orang yang kita marah memang betul betul depan kita?
-->sebab bila marah, jarak 2 hati amat jauh dan jauhhh....

Kenapa bila kita cakap dengan orang yang kita sayang dan cinta perlahan lahan, suara kecil, slow?
-->sebab hati mereka begitu dekat. Tak cakap pun tak apa. Hanya pandangan mata yang cukup memahami.. Segala nya dari hati... :)

Wednesday 18 January 2012

~10 CaRa bEBaSKaN diRI dari TekANaN~

1) Pilih untuk gembira


2)Sentiasa bersyukur


3)Menjadi pemaaf


4)Lawan pemikiran negatif


5)Tambah sahabat


6)Lemparkan senyuman


7)Berbuat baik


8)Gembira jauhi penyakit


9)Sertai aktiviti


10)Bukan mengenai wang
·٠•● ♥ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu
si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut dan rapuh? ♥ ●•٠·

Tuesday 17 January 2012

Petua Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk~

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

~wAnITa BErb0HonG UntUK~

1. Harga Barang yang Dibelinya

Banyak wanita berbohong kepada pasangannya tentang harga sebenarnya dari barang yang dibelinya. Biasanya wanita akan mengatakan bahawa barang tersebut murah atau sedang diskaun, padahal belum tentu benar. Hal ini dilakukan untuk menghindari pertengkaran mahupun nasihat dari pasangannya kerana kebiasaan belanja mereka yang suka boros.

2. Nombor Telefon

Biasanya hal ini dilakukan sebagai penolakan secara halus. Sebahagian besar orang tidak suka dengan penolakan, jadi agar tidak terlalu menyakitkan, banyak wanita yang memalsukan 1-2 angka saat mereka memberikan nombor telefonnya pada elaki yang tidak menarik perhatian mereka.

3. Waktu

"10 minit lagi, aku sudah hampir sampai," ini adalah salah satu contoh kebohongan yang sudah sangat sering terdengar dari wanita. Tidak dapat disangkal wanita memerlukan lebih banyak waktu untuk melakukan kegiatan apapun, misalnya berdandan. Hal itu dilakukan untuk menenangkan pasangan sementara waktu ketika mereka belum bersiap-siap, sementara kekasihnya sudah lama menunggu di tempat janji temu.

4. "Aku Baik-baik Saja"

Ketika seorang wanita mengatakan "Aku baik-baik saja," ini adalah sebuah tricknya untuk menyampaikan perasaan kesal dan marah kepada pasangannya. Pada situasi tersebut sebenarnya wanita berada dalam keadaan paling rapuh sehingga mereka lebih memilih menutupi perasaannya. Namun yang paling mereka harapkan setelah mengatakan ini adalah pasangan mereka langsung boleh memahami, berusaha memberikan dukungan atau memeluknya.

♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ ﷲ ♥::♥::♥ ﷲ ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫
Keikhlasan itu sesungguhnya terletak di dalam hati, biarlah hati saja yang tahu, tanpa perlu kita mengungkapkannya melalui kata-kata, yang berpotensi mengurangi nilai keikhlasan kita, walau terkadang terasa pedas dan menyakitkan ketika orang menilai keikhlasan kita, disitulah kesabaran kita diuji...Wallahu A'lam...
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ ﷲ ♥::♥::♥ ﷲ ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫
♥ Kadang2 ALLAH jarakkan hbungan kita,kmudian DIA dtgkan pula dgn dugaan,puas kita menangis,mncari mana org yg kta sayang....

Rupanya ALLAH nak hadiahkan kita RINDU brpanjangan terhadap si dia ♥ . ♥

Soalan : "Ustaz,
kenapa ya hati perempuan ni
kadang² tiba² je rasa sedih tanpa
sebab. Ada orang kata syaitan
yang ganggu! Ada petua tak
... ... untuk elakkan hati kita ni sedih?
Kadang² bila bangun pagi rasa
sedih, kadang² rasa macam rindu.
Tapi tak tau rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :
"PERKARA BIASA. HATI
PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI
YANG MAMPU MENJADI
PENAWAR..."

SUARA HATI WANITA~

Wahai lelaki,
apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila kamu ‘memancing’ wanita
Kamu menyentuh hati wanita
Kemudian kamu tinggalkan dia terkontang-kanting sendirian


Wahai lelaki,
Pasti kamu salahkan wanita
Mengapa mengharap kepadamu
Tapi kamu perlu tahu
Wanita hatinya cukup lembut
bila kamu sentuh hatinya, dia mudah menghargai
Pasti kamu pertikaikan
Siapa suruh berharap?
Tapi pernahkah kamu tanya pada diri kamu
Siapa yang memberi harapan kepada wanita itu?
Bukankah lelaki yang selalu memberi harapan
Dengan bunga-bunga ayat yang mereka cipta?


Wahai lelaki
Kami akui wanita sangat mudah perasan
Itulah sifat wanita dan mungkin itu juga kelemahan wanita
Kami redha dengan kelemahan itu
Tapi wahai lelaki
Allah ciptakan kamu dimuka bumi ini
Bukanlah untuk mengambil kesempatan
Atas kelemahan wanita jauh sekali menzalimi kami
Tapi Allah ciptakan kamu supaya kamu
Membimbing wanita yang lemah ini
Maka kamu perlu tahu
Dan jangan sesekali buat kami berharap jika hati kamu tidak ikhlas..


Wahai lelaki
Apa yang kamu dapat sebenarnya
Apabila sudah berjaya pancing wanita,kemudian kamu lepaskan dia
Mungkin kamu dapat pujian melambung dari kawan-kawan
Mungkin kamu nampak begitu gah di kalangan kawan-kawan
Tapi pernahkah kamu fikir
Kedudukan kamu disisi Allah?
Betapa Allah mengutuk manusia yang menyakiti hati manusia lain


Wahai lelaki
Jika kamu seorang yang taat,
Jika kamu sangat menjaga solat kamu
Mengapa lakukan ini pada wanita
Bukankah solat itu mencegah manusia dari melakukan kemungkaran
Bukankah menyakiti hati manusia lain itu perbuatan yang zalim?


Wahai lelaki,
kecoh sekali kamu hebahkan
Bahawa kamu mahu isteri yang solehah
Tapi dalam masa yang sama
Kamu tidak putus-putus memancing wanita
Untuk tunjukkan kehebatan kamu sebagai lelaki
Apakah kamu lupa pada janji Allah dalam kalamNya


“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)……………” ( An-Nur : 26)


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik
Adakah layak kamu peroleh wanita solehah
Andai kamu sendiri menyakiti hati kaum bakal isteri kamu
Adakah kamu rasa diri kamu cukup soleh
Semata-mata kamu menjaga solat padahal solat kamu
Tidak sesekali mencegah kamu menzalimi kaum wanita


p/s: Lelaki, cubalah kenali siapa wanita sebenarnya, dari mana wanita dicipta. Mereka dicipta bukan dari kaki untuk dialasi, bukan pula dari kepala untuk kalian junjung tapi wanita dicipta dari rusuk lelaki yang dekat dihati supaya mereka dilindungi.Renung2kan~

Monday 9 January 2012

~PaNaS BArAn~

Kenali  sifat pasangan.
Jika pasangan kamu seorang yang pemarah, ada baiknya kamu berusaha mengenali dengan baik sifat pasangan kamu ini. Jika kamu saling memahami antara satu sama lain, kamu akan lebih mudah menghadapainya. Dengan demikian, kemungkinan pasangan kamu akan jarang menunjukkan sifat marahnya
Hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Setelah kamu benar-benar memahami sifat dan watak pasangan kamu, cubalah hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi apabila hal tersebut terpaksa juga dilaksanakan, lakukan tanpa pengetahuan pasangan kamu. Namun perkara itu mestilah perkara yang baik sahaja.
Jangan campuri urusannya.
Jika kamu tidak diminta, jangan sekali mencampuri urusannya. Belum tentu pasangan kamu suka pada bantuan kamu. Sekiranyakamu masih ingin berbuat demikian walaupun dilarang, maka hal ini boleh menimbulkan kemarahannnya.
Jangan suka menasihati.
Mungkin banyak maksud baik terselit di dalamnya. Akan tetapi jika hal tersebut tidak penting untuk dinasihati, lebih baik elakkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus membuat pasangan kamu marah.
Bersifat terbuka.
Apabila si dia member pandangan yang agak keras, kamu perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk kamu. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri kamu. Jangan beremosi dengan kata-kata si dia. Jadi terima sahaja dengan hati terbuka.
Berterus – terang.
Si dia yang pemarah lebih suka berteru – terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada si dia yang panas baran ataupun pemarah ialah sikap berterus – terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cuma mereka mengungkapkan dengan kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti merahsikan sesuatu daripadanya.

Monday 2 January 2012

~* WAHAI LELAKI.. *~



Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya.

p/s : lelaki kalau nak minta tips menawan hati wanita,kena minta sendiri tips dari wanita~ bukan dari lelaki~ =p