Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 December 2011

Penantian satu penyeksaan? Tak tepat. Penantian bersama-bersama dengan Allah adalah satu kemanisan. Usaha kerana Allah, tawakkal pada Allah....

Pada saya, sia-sia angan2 begini. Penantian yang ada hasil pula, adalah penantian yang pakej. Ada cinta, ada berkenan dalam hati, ada usaha zahiriah (cth:study sungguh2, kerja betul2 cari duit), dan ada usaha batiniah (tahajjud malam sungguh2 sbgmana entri saya sebelum ni), sabar disertai dengan tawakkal akhir sekali.

Usaha suku, jiwang suku. Tak campurkan usaha dengan perasaan dlm hati dengan berlebihan. Bila usaha tu dicampurkan dengan rasa cinta dalam hati yang membuak-buak, usaha tu tak lagi kerana Allah. Tapi kerana nafsu dan kehendak sendiri. Ikut hati, mati, ikut nafsu, lesu. Ingat, kawal perasaan. Bila dah dapat kahwin nanti, luahkanlah sejuta rasa jiwang pada si dia pun takpe dah. Dalam mencari jodoh, makin anda tak kenal si dia sebelum kahwin, makin baik. Nanti banyak benda boleh borak lepas kahwin tentang diri masing-masing. Ni kalau semua cite pun dah tau sebelum kahwin, boring taktau nak cakap pasal apa dah nanti. Kan kan kan?

Sabar kunci kejayaan. Saya tahu anda mungkin sangat-sangat nak,cinta, syg kat pasangan anda tu. Kalau boleh, saat ni gak anda nak luahkan rasa tu, "awak, saya sayang awak.", "awak, saya rindu sangat-sangat!." Lek luh. Jika anda rasa satu kepuasan dan kemanisan dpt luahkan perasaan pada pasangan,dan dapat respon baik dr pasangan lak tu, setkan dalam kepala.

"Alah, yang ni hanya dapat 1 kemanisan, kalau lepas kahwin aku dapat 1 juta kemanisan. Jadi, sabar dulu, kejar yang 1 juta. Tinggalkan yang seketul." 


Sama gak macam yang berzina dan hampiri zina, sampai bila korang nak bermiang2 tanpa nikah? Dah gatal sangat, nikahlah, pastu boleh gauli isteri sampai mati. Allah lagi suka.


Akhir kata, Nabi SAW pun romantik dan jiwang gak. Tapi jiwang Baginda SAW adalah selepas nikah. Jom kita tengok ayat-ayat jiwang Nabi SAW. Rasulullah pernah bersabda mengenainya cintanya pada Siti Khadijah:

"Sungguh aku telah mendapatkan anugerah berupa cintanya." dan "Sesungguhnya aku mencintai orang-orang yang mencintainya." Apatah lagi hendak melupakan Saidatina Khadijah, tidak sekali-kali. Kata Nabi SAW: "Tidak. Demi Allah, dia tidak pernah memberi ganti untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya."


Semua ini adalah kata-kata selepas Nabi SAW sudah berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a. malah berlanjutan sehingga setelah kewafatan Khadijah r.a. Nabi SAW lagi romantis berbanding kita.

Penantian kosong memang satu penyiksaan. Penantian 'berisi' memang satu kemanisan. Buah sabar itu bila masak, tersangatlah manis. Tidak akan buruk, tidak akan lemau. Makin lama, makin manis. Begitu juga syurga Allah, makin lama kita beribadat, makin khusyuk, makin tawaddhu', makin terasa manisnya syurga. Sabarlah. InsyaAllah, sandar pada Allah segala-gala.

Fuh! Sangat best bila awal-awal lagi dah confirm tahu Rasulullah SAW sedang menanti kita yang selalu berselawat dan ikut kata Nabi SAW di telaga Kauthar akhirat kelak. Siap-sedia untuk beri kita syafaat.
belajarlah utk kehilangan dia, andai dia bukan jodoh aku..
belajarlah utk tabah, andai dia pergi dari hidup aku..
belajarlah utk menerima hakikat, yg dia bukan milik aku..
belajarlah utk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untuk aku..

tapi mampukah aku?

Wednesday 28 December 2011


♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
♥ Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya ...
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia... ♥

Dan kadang bila kamu nekad menjauhi diri dari seseorang, bukan bererti kamu tidak memikirkan dia.. Dan bukan kerana nilai rasa itu telah pudar.. Akan tetapi kamu mengerti akan satu hakikat bahawa kamu tak mungkin akan dapat bersamanya ~
l0ve can't always be measured by h0w long you wait. It's about how well you understand why you waiting.... :)

* ♥ GuLa2 KaPaS ♥
ina: saya sayangkan awak..
ayie: saya pun..
ina: tapi kenapa awak pilih dia dan bukan saya?
ayie: mungkin takda jodoh antara kita..
ina: atau awak memang sengaja mempermainkan saya?
ayie: saya tiada niat begitu..
ina: awak tipu!!!
ayie: sesungguhnya awak cinta pertama saya..saya tak tipu..
ina: kalau betul..kenapa jadi begini?
ayie: saya pun tak tahu nak terangkan bagaimana..maafkan saya..
ina: awak pergilah..
ayie: saya harap awak tak benci saya..
ina: sekarang saya memang tak benci awak..tapi saya tak tahu kekuatan hati
saya..
ayie: andai satu hari nanti saya ingin kembali pada awak..sudikah awak terima
saya?
ina: lebih baik jangan..mungkin pada masa itu saya akan bunuh awak..
ayie: errr......

Tuesday 27 December 2011

◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕
perbualan yang paling seronok ialah perbualan yang ketika kita susah hati dan akhirnya kita lega, ketika kita berduka akhirnya kita bahagia, ketika kita putus asa akhirnya kita beroleh semangat semula, dan ketika kita buntu akhirnya kita beroleh idea
◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕◕‿◕
" cinta perempuan itu diibaratkan
seperti layang-layang , bila dikejar
ia berlari, bila ditunggu ia
menanti..manakala cinta lelaki
pula adalah spt cermin.,walaupun
ia tidak berbohong tetapi tetap sukar untuk dipercayai~"

untuk HAWA..



andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
Sy percaya klu sy ikhlas menyintai dan sy sayang kat awk.. Sy akn memperolehi cinta awk suatu hari nanti.. dan sy akn tunggu sampai hari tu muncul.... tp bila tiba saat tu hari2 sy mungkin akn terisi dengan perhatian dan ksih syg dari org lain .. jangan salahkan sy bila sy x peduli kat awk tp marah lah sbb suatu tika dulu sy sangat sayang kat awk tp awk terlalu buta dlm celik tok ambil tahu sedalam mane sy syg awk....

~aTy~

Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir.. 

Monday 26 December 2011

BETOL CKP KAWAN AKU..~



kita NI kalU pErasAAn dRI kiTA ni SegAK lawa maCo Cute..MAKAN PUJI DRI SENDRI.
Memang SuSAh NK setia SEBAB DIRI kita ni RASA KITa Blh Dpt lebih BAik DAri 2 KAN!!!
klu oRG 2 merendah diri,dia rasa diri dia 2 xseberapa,WLPN DIRI DIA 2 AGAK HOT LA.
msti dia akAN rasa CKP smpurna MEmpunyai PAsang yg MEmahaminya wlpn pasangan nyew xseberapa!!!^_^ ♥ ♥ RUPA XMENJAMIN KEGEMBIRAAN&K'BAHAGIA BEB

Thursday 22 December 2011

~try INgt~

‎(kecewA)
-inggatLaH saat kaU k'cewakaN s'sowNg..

(meNaNgis)
-inggatLaH saat kaU buat s'sowNg meNaNgis..

(sAkit aty)
-inggatLaH saat kaU saKitkaN aty s'sowNg..

(diperMaiNkaN)
-inggatLaH saat kaU p'MaiNkN aty s'sowNg..

(tiDak dieNdaHkaN)
-ingaatLaH saat kaU wat x eNdaHkn s'sowng..

"COMPLETE"
-SETIAP PERBUATAN (sdar or tak) PASTI ADEW BALASANNYEW

Wednesday 21 December 2011

♥ 3 Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau! ♥

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

~err~

‎"LELAKI vs WANITA" Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat... (^_<)V

Thursday 15 December 2011

~bELAjAq HePy~

1.  Berikan kepada orang lain lebih daripada apa yang mereka harapkan dan lakukan ia dengan perasaan gembira.


2.  Kahwini perempuan/lelaki yang korang rasa seronok nak bercakap. Nanti bila dah tua, skill percakapan akan menjadi lebih penting daripada yang lain.


3.  Bila korang ucapkan "I Love You" kat seseorang, pastikan korang buktikan..


4.  Bila korang ucapkan "Maafkan Saya" kat seseorang, pastikan korang tengok dalam-dalam kat mata orang tu..


5.  Kalau korang bertunang, pastikan korang bertunang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum korang berkahwin..


6.  Percaya pada cinta pandang pertama.


7.  Jangan ketawakan impian orang lain. Orang yang tidak mempunyai impian lebih teruk daripada mereka yang mempunyai impian.


8.  Cintailah seseorang dengan setulus hati dan mendalam. Mungkin kita akan kecewa di suatu hari nanti, tapi itulah cara untuk kita menghargai kehidupan sepenuhnya.


9.  Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Elakkan daripada menggunakan nama semasa bertengkar, keadaan mungkin akan menjadi bertambah buruk.


10.  Jangan menilai diri seseorang berdasarkan tingkah laku ahli keluarga dan kaum kerabat nya.


11.  Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


12.  Apabila seseorang bertanyakan suatu soalan yang korang rasa tak mahu jawab, senyum dan tanya kembali, ' Kenapa kau nak tahu?'


13.  Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan terlibat dalam pengorbanan dan risiko yang besar.


14.  Ucapkan "باركك الله" apabila terdengar seseorang bersin.


15.  Apabila anda gagal dalam sesuatu perkara, usahlah menjadi seorang yang kurang ajar.


16.  Usah benarkan perselisihan/pertikaian yang sebesar hama merosakkan suatu persahabatan yang besar dan bermakna untuk kita.


17.  Apabila korang sedar yang korang telah melakukan kesilapan, ambil langkah segera untuk memperbetulkan ia kembali.


18.  Senyum apabila mengangkat dan menjawab telefon. Si pemanggil akan merasainya apabila mendengar suara korang.


19.  Luangkan masa untuk diri-sendiri.


Tapi apa yang penting, solat 5 waktu jangan sesekali kita tinggalkan dan perbanyakkan melakukan perkara-perkara sunat..Insya'allah, kita akan mendapat kehidupan yang lebih baik =D

Monday 12 December 2011

BaGaI MAna nAk CaRi ChEnta~~

biar seseorang tu takda apa-2. 
biar rupa tidak sekacak mana.
biar harta tidak sebanyak CEO syarikat.
asalkan dia AMAT MENCINTAI kita dan Yang Maha Esa

kenapa?

ya, dengan cinta tidak akan membuatkan seseorang itu tiba-2 menjadi kaya.
ya, dengan cinta tidak akan menjaminkan kehidupan yang cerah.

tapi...

tahukah kamu?
jika seseorang itu terlalu mencintai kita, dia akan berusaha bersungguh-2 untuk memberikan kita kehidupan yang selesa kelak?
tahukah kamu?
jika seseorang itu terlalu mencintai kita, dia akan berusaha untuk mencari nafkah dan duit yang banyak untuk diberikan kepada kita dan anak-2 kelak?
tahukah kamu?
jika seseorang itu menyayangi kita, dia sanggup melakukan apa saja supaya hidup kita senang dan gembira bersamanya?

kamu perlu tahu..

cinta kepada Allah itu juga bukan sekadar bermaksud duduk di atas tikar sejadah tetapi juga BERUSAHA. Berusaha ke arah kebaikan dan tidak putus-2 mendoakan diri dan keluarga. ♥

Thursday 8 December 2011

~hUh!!~

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.
3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.
4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

~LaKi Yg MeMeLuATkAN~

1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?
3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.
Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
8. Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
10. Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!
11. Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.
Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.
12. Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
13. Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
15. Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.
Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.
Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.
18. Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.
Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.
Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.
Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Monday 5 December 2011

♥♥ BILA PEREMPUAN MENANGIS ♥♥

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Saturday 3 December 2011

~YaKa CaMnI??????~

1) Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
2) Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya)
3) Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini)