Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 23 November 2011

tANDA-tANDA CINtA YANG SEMAKIN PUDAR !





-Malas angkat telefon..
-Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer..
-Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
-Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
-Mula menggelakkan diri dari bejumpa..
-Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
-Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido…
-Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
-Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
-Taip sms pun pendek2 jer..
-Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer..?!!
-Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..
masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu..!
-Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
-Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
-Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
-Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah
taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
-Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp
sekarang dah terbalik..
-Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp
cepat panas..

Tuesday 22 November 2011

tnda LaKi MaJuK~~

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

b0y vS gURlz~

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga 

Sunday 20 November 2011

~apA NiE~~

Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

hurmm~

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thursday 17 November 2011

IkhLaS Ke X???????


ikhlas ke dia dengan kamu? kekadang lelaki ni bercinta just untuk tunjuk or test market dieorang..ye la, siapa tak bangga bila ade awek lawa..lagi-lagi letak in relationship with kat facebook..fuhhh..awek budak ni lawa arr..
pada pendapat aku, seseorang yang ikhlas korang dapat tengok bukan dari sms bunga2 tuh!

firstly, dari cara dia mencintai, bezanya dia tak kan nak menggedik-gedik dengan korang depan kawan-kawan dia..bagi dia, cukuplah kekasihnya saja yang tahu cinta dia pada korang..Sesetengah orang la kan, aku tak paham kenapa dieorang nak tunjuk mesra kat orang lain..orang lain pon ade couple gak ..yang tambah aku bingit bila wall most recent aku tu terpampang ayat-ayat bangang yang tak terniat sikit pon aku nak amik tahu macam

''muncet''

''mucuk!''

yang cukup aku tak boleh handle dieorang main wall to wall..aku pon tak paham ,mungkin dieorang tak nampak tempat IM atau comment..cam gampang..jenis2 couple macam ni aku dah ulas kat entry sini..


secondly, mostly he will appreciate you..dan bukan buat korang macam hak milik dia..jangan jadi bodoh bila dia buat korang macam barang, yang korang pergi lah ikut memngkhinzir buta..

dia juga tak kan belai korang dengan barang-barang mahal semata nak jaga awek dia..keikhlasan cukup datang dari hati yang tulus..kekadang aku tak faham, kenapa ada lelaki yang sanggup habis duit kat perempuan..ye r, bukannya kedekut tapi kalau dah sampai tahap pokai ape kejadah, jangan terkejut kalau korang jumpe kes sampai bankrupt..tu namenye otak letak kat tapak kaki..bangang

and mostly ,lelaki yang usha korang pon cara dia lain..dia tak kan usha saje-saje ,maen-maen, or play-play semata-mata..dia akan usha seikhlas hati kerana cinta ..kekadang mengusha ni bukan susah pon..percaya tak kekadang just memain je pon dah dapat..ape tah lagi tengah-tengah mesej pastu baru dapat tahu yang korang tengah ade problem dengan bf..dia pon jadilah listener yang setia..tup tup koran tangkap cintan dengan dia..dia pon serba salah nak terima ke tak nak sedangkan hati tak meminta..tapi dah awek offer, lagi2 yang cantik, kalau aku pon tak tolak ..hahaha

apapon, cara paling macho untuk laki ialah dia tak kan senang nak puji korang lawa kot..
what?! wtf punya bf!
terpulang la korang nak cakap apa kan? tapi bagi aku something tak kan nampak special kalau di sebut selalu..
''awak nampak cantik''
ucapkan bila korang rasa dalam keadaan paling DAMNED sekali..
apa perasaan korang, mesti dalam keadaan yang cam syial tu korang akan tersenyum kecil..
coz, tu ayat yang ikhlas di hati walau bukan di mulut..maksudnya dia just nak orang yang dia sayang senyum..

----------------------

yang penting..
doubt your boyfriend kalau

''sayang! nape mekap serabai ni, malu la kat kawan I! ''

''lawa tak makwe aku? lawa an? ehehe''

''bebyy....kan I dah cakap depan kawan-kawan I jangan pakai old fashion k?''

''sayang, assignment I tak siap lagi la, sayang buatkan k? buat sampai dapat A macam last week''

''SAYANG, member-member I yang lain semua pakai i phone, you mintakkan kat daddy you boleh?''

bukannya susah pon nak detect si dia ikhlas ke tak ..cuma perasaan OVER SAYANG korang je yang poyo
-----------------------

MENCINTAINYA

tak mudah untuk cari seseorang yang ikhlas dalam hubungan percintaan..even korang tanye diri sendiri, adakah korang jujur?
adakah dalam hati korang, korang tak ragu-ragu memilih dia?
atau EX korang masih dalam harapan supaya kembali??
atau korang just harap die mengubat luka di hati?

~cArA2 MeLuPaKAn KeSaLaHaN 0wG yG mEnYaKiTi KiTa~

Tutup buku lama, buka buku baru

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.

Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.

Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.

tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.

Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.

MEMINTA MAAF
Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.

Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.

Kesilapan adalah fitrah kehidupan, orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesilapan dan bangkit dari kegagalan!

Belajarlah dan carilah ilmu supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Orang yang tinggi diri (merasa dirinya bagus) dan sombong memang susah untuk belajar dan mendapat ilmu. Rendahkan diri anda untuk kebaikan dan menadah ilmu dari orang-orang yang berilmu, insyaAllah ilmu itu berkat.

Usah terasa hina dan malu untuk memohon maaf, kerana ia adalah dituntut jika melakukan kesilapan dan kesalahan. Selepas itu, jangan lupa bertaubat (tidak mengulangi kesilapan) dan belajar dari kesilapan itu.

Jika kesilapan itu tidak melibatkan orang, simpanlah sebagai rahsia hidup anda. Dan berusahalah kearah pembaikan supaya kesilapan itu tidak berulang. Jika melibatkan orang lain, cuba sedaya upaya memohon maaf dan berterus terang dengannya supaya tidak menjadi semakin besar dan rumit.. berusahalah perbaiki kesilapan tersebut supaya tidak bertambah parah. dan yang paling penting kenalah belajar supaya tidak berulang...

Wednesday 16 November 2011

~ReDaKaN cEmBuRu ~HAHAHAHAHA

1. Bertanya secara terbuka dengan menjalin komunikasi tentang perasaan cemburu kita pada pasangan tanpa rasa takut dan malu.



2. Tenangkan diri kita terlebih dahulu agar emosi tidak menguasai kita.
sekadar hiasan

3. Minta nasihat pada orang kita mempercayai. Tanya pendapat mereka.


4. Jangan tunjukkan perasaan cemburu anda pada hal-hal yang boleh merosakkan sebuah hubungan.


5. Tarik nafas dalam-dalam atau minum air suam terlebih dahulu kerana oksigen yang masuk dalam otak dan tubuh kita, akan membuat kita berfikir lebih rasional.



sekadar haisan

6. Berfikiran positif kerana dengan cara ini kita mengambil langkah yang tepat untuk mengetahui cara terbaik dalam mengatasi perasaan cemburu yang ada dalam fikiran dan hati kita.

~sEsAjA~


‎~Andai diri dikecewakan~

::kalau kita diKECEWAkan apa yg kita buat???
<3mestilah MENANGIS dan TERKILAN
::sebab???
<3tak SANGKA orang sanggup buat kita macam tu

::dan lepas tu kita BUAT APA??
<3tak nak PERCAYA pada dya lagi!!

::macam tu ke???
<3mestilah

::TIDAK ke RASA KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH SWT???::

sebab??

<3sbb dari KECeWA ALLAH SWT mengajar kita LEBIH BERSIKAP BERHATi-HATI dan JANGAN terlalu mengharap pada makhluknya,INDAHKAN???

<3JADI jangan sedih sangat INGAT ada ALLAH SWT yang SENTIASA bahagiakan kita..
I ♥ ALLAH (^__^)