Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 24 May 2012

Petua Untuk Melupakan Seseorang




1.Jika anda baru sahaja putus cinta dengannya, sememangnya anda akan bersedih. Itu perkara biasa atau normal. Yang jadi tidak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya ingin tunjuk anda kuat dan anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Jikalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu, keluarkan ia dengan sepenuh hati. Menangislah sepuas hati anda. Lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sedikit selepas beberapa hari. Apabila anda sudah biasa bersedih, lama kelamaan anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.

2.Terimalah realiti yang anda perlu lupakan dia dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya, anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Anda mesti kuat untuk menghadapi realiti ni.

3.Anda mesti elakkan atau jangan terus berhubung dengan si dia itu. Kalau anda masih terhegeh-hegeh menghubungi dia lagi, sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat melupakannya.

No comments: