Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 24 October 2011

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita ~









~Kecantikan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani~

'Lelaki yang cantik' adalah;

* Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
* Lelaki yang sedia menerima segala teguran
* Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
* Lelaki yang tenang dan lapang dada
* Lelaki yang baik sangka
* Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

~Kagagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan~

'Wanita yang gagah' adalah;

* Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
* Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
* Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
* Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan

Kegagahan wanita berdiri atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan yang sempurna seorang wanita.

Wallahualam

No comments: